Jom Sembang

AUTOGERAF ANTULAWA

Selasa, 20 November 2007

Sambungan Stress Raja Budin

Mengeluh Raja Budin memikirkan bagaimana nak tunaikan hajat ingin memperisterikan guru tadika istana tu..huh tiba-tiba baginda mendapat satu akal.'beta mesti buat sesuatu untuk mengurat cikguazi guru tadika istana ni!beta tahu dia seorang yang kaki chatting!Raja Budinpun memanggil Pakar IT istana(baru naik pangkat)iaitu UncleJ mengadap sebab UncleJ ni memang kaki pomen komputer Raja Budin.Dulu memang UncleJ seorang tukang urut istana tetapi disebabkan selalu bersembang dengan Raja Budin bab IT barulah tuanku tahu yang UncleJ memang minat IT dan menghantar UncleJ kursus IT di Betong Thailand!Lepas itu Raja Budin mengarahkan supaya UncleJ menemani baginda untuk membeli sebuah laptop Acer sebab baginda boleh menggunakan khidmat wireless dan senang online di mana sahaja dalam kawasan istana!Raja Budin juga meminta supaya dibelikan webcam supaya senang memperlihatkan badannya yg tegap dan sasa itu!Jadi sambil chat baginda boleh menggoda sesiapa sahaja dengan memperlihatkan tubuhnya yang sasa itu.
UncleJ pun terus 'install yahoo messenger dalam laptop raja Budin!
Bukan main syok Raja Budin berchatting hingga lupa makan, pakai,minum kadang kadang baginda memakai kasut sebelah lain dan begitu juga kadang -kadang memakai baju kemeja dan neck tie dengan seluar pendek sahaja!Malah kadang -kadang langsung tidak pakai apa di kawasan istana kerana terlupa sangat!
Raja Budin menggunakan 'nick' encem kerana mungkin dapat menggoda ramai lagi kaki chatting!Raja Budin juga memerintah memanda menteri yg hemsem macam gajah iaitu Abg Putra membuat satu blog iaitu dinamakan Duniabudin.tanpa baginda sedari kesemua bini bini baginda pun kaki chatting juga.Baginda tidak sedar kesemua bini-bininya 'online bersama baginda!Habis semua bini -bini Raja Budin telah menjadi kaki chat dengan para hulubalang istana yang malas kerja cuma curi chat time keje!Kesemua bini raja Budin telah membuat skandal dengan hulubalang yang hensem di istana.Antara hulubalang yang terlibat ialah Arsaili,Beib,Saiee dan Kasawari.
Maka blog Raja Budin menjadi terkenal kerana menjadi tumpuan semua kaki chatting dan blogger seluruh dunia.Rupanya Raja Budin mempunyai aura macam Mawi!
Semakin hari Raja Budin menjadi makin terkenal kerana baginda seorang raja yang nampak bengis tetapi sangat baik hati dan 'low profile'.Baginda menjadi semakin pemes hari demi hari dan tahun demi tahun!Hingga hajat nak meminang cikguazi dibatalkan kerana baginda telah mendapat ramai gadis,andartu dan janda yang meng'offerkan diri mereka untuk dijadikan isteri oleh baginda!Tidak ketinggalan gay juga telah cuba mendekati raja Budin...ssshhhhh....Tooooooot!
Cikguazi membawa diri dengan memasuki portal oum tempat sembang 'student' oum seluruh Malaysia!Cikguazi bertemu dengan seorang jejaka gila yang menamakan dirinya tikus dalam ruang chat di portal itu.Hubungan cinta yang baru mulai berputik kerana cikguazi telah jatuh hati dan pingsan beberapa kali dan mendapat subsidi bantuan CPR oleh tikus itu!
Pakar kaunseling Combi(watak baru)sering memberikan khidmat kaunseling kepada cikguazi sedangkan dirinya sendiri tak ter kaunseling dah disebabkan sangat kuat gelak dan gelak kuat!
Farina, bini Raja Budin yang sering kene cerai dan rujuk balik beberapa kali ini khabarya telah diceraikan kali ini dengan talak last!Raja Budin telah mengalami gila talak yang tidak dapat dikawal lagi!Baginda memerintah kadi istana Toknabe yang bakal bergelar Guru Besar Istana tidak lama lagi supaya mencari khidmat 'Cina Buta'supaya baginda dapat rujuk semula dengan Farina.Puas mencari, Toknabe bertemu dengan Azlanlin yang sanggup menjadi Cina Buta!Perkara ini tidak diluluskan oleh Jabatan Agama Wilayah tetapi disebabkan Azlanlin sebenarnya ada hati juga dengan Farina yang ayu itu sanggup menjadi cina buta.Azlanlin sebenarnya sudah bertekad untuk menjadi cina buta selamanya iaitu tidak menceraikan Farina seperti yang dijanji kerana Azlanlin tahu perkara cina buta adalah tidak sah dilakukan!
Kisah Raja Budin bagaikan yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran ini menjadai buah mulut,buah tangan dan macam-macam buah lagi hingga baginda terus menjadi sasau hari demi hari hinggalah baginda rasa perlu membuat sesuatu supaya hilang tension.Baginda kini menjadi penerbit RTM Dunia kerana dengan menyibukkan diri di RTM baginda tidaklah layan kepala gila baginda itu....

14 ulasan:

PUTRAGABAN berkata...

mana boleh cerita raja budin berakhir dengan hero kalah. lecehlah. raja budin tak sasau, sebaliknya semua bini-bininya yang mata keranjang termasuk cikguazi di sumpah jadi ayam betina mandul.

Antulawa berkata...

adoi geli atiku sakit perut dan terpaksa masuk tandas camni...disumpah jadi ayam betina mandul la plak...sah tak bertelur sampai bila -bila dah!kalau camni besh gak boleh buat skandal dengan bapak ayam banyak banyak sebab tak meninggalkan kesan...yeyey yeyey!Sambil melompat keriangan!
MANDUL pon ada hikmah..jeng jeng

Unknown berkata...

Adapun kisahnya cikguazi dengan tikus tadi terus meneruslah gila sasaunya.

Cahaya bulan terang benderang
cerah sampai ke balik pulau
siang terkenang terbayang-bayang
malam termimpi hingga mengigau


Begitulah adanya cikguazi dengan angaunya. Makan minum tiadalah dipeduli lagi. Walau ayam golek budin dihidang tiadalah dia menyentuh. Saban hari asyik dengan gelak tak berhenti.... dah sasau kot. :)

Antulawa berkata...

huh swell...apa dah jadi ni cikgu azi dah sasau kah?betul kah?Ayam golek budin hidangkan tu cikguazi makan sikit..tapi walaupun sikit rupanya kuat sangat powernya..hingga sasaunya kian menjadi jadi..teringatkan budin,termimpikan tikus..perebutan takhta di hati telah berlaku..rasa nak amik kapak belah dua..kira devide into two la..two parts!!!cikguazi lalu penin kepala...terus pingsan 18 kali..budin beri cpr..berebut dgn tikus nak beri juga cpr..last cpr rosak..budin kejar tikus...tikus kejar budin..muzik pink phanther dibunyikan masa tu..tirai ditutup penonton semua tak puas hati sebab show x habis...semua depa tuju pentas dgn telur ayam...bersambung

norza berkata...

Farina rupa-rupanya banyak muslihat di sebalik baju kebaya labuh sulam renda bermanik yg dipakainya saban hari. Dia merancang satu konspirasi melibatkan Azlanlin dan pihak istana. Malang bagi Azlanlin, Raja Budin menyebelahi janda kesayangannya. Kesudahannya, Azlanlin dibuang negeri. Maka selepas habis edah, berkahwin la Raja Budin bersama Permaisuri Farina semula. Dek kesabaran Farina memberi Raja Budin minum akar kayu, baginda tidak lagi menjadi sasau. Sayugia, tidak lama kemudian Farina pun mengandung. Alangkah sukacitanya Raja Budin kerana bakal dikurniakan zuriat...

Antulawa berkata...

Sebenarnya macamni ceritanya,Farina semasa bercina buta dgn Azlanlin tu sempat gak terjadi sesuatu di malam pertama tu..tanpa disedarinya dia telah hamil luar rahim tetapi masa scan tak nampak..sebab dia scan guna scanner biasa!Selepas edah abis dia rujuk semula dgn Raja Budin..dan raja Budin tak sedar anak dlm kandungan farina tu bukan anak dia..tetapi anak Azlanlin!Pening kepala Raja Budin...gossip kan men kencang melanda istana..orang heboh bukan anak dia..dia jadi serba salah..tetiba dapat idea..anak dlm kandungan farina tu dipindahkan kedalam rahim sukarela iaitu tanpa diketahui farina cikguazi sanggup menerima anak itu dipindahkan ke dalam rahimnya!Kini memboyotla cikguazi kerana mengandung secara sukarela anak farina tu demi cinta dan kasih pada raja Budin supaya gossip tu terhenti di situ!demi kebahagiaan tuanku cikguazi sanggup!sebenarnya Tuanku menyedari juga pengurbanan cikguazi tu dan dia secara curi curi telah buat blind date dengan cikguazi dan selepas itu mereka selalu dating tanpa disedari oleh sesiapa....Sorang lagi yang tahu hubungan sulit ini ialah Toknabe tetapi disebabkan nak jadi Guru besar Istana terpaksa mendiamkan diri..cerita ni semakin fenin..konpius dah..

Kasawari berkata...

wow komen komen di sini semua kencang kencang.. tak tau nak mencelah..
apa pun kasawari pun ada watak jugak... BEEP BEEP

TokNabe berkata...

Nampak gayanya raja budin makin stress la ni. Laptop baru jadi penghibur hatinya yang lara. Itulah... ari tu raja budin pegi berjumpa dengan mahaguru uncleJ untuk menuntut ilmu-ilmu bagi menenangkan hatinya yang amat pedih, pilu dan sesak.

TokNabe sebenarnya telah meletak jawatan sebagai kadi istana kerana tidak bersetuju dengan tindakan raja budin menceraikan Farina dan memintanya mencari 'cina buta', dengar kabar TokNabe telah berhijrah ke Johor dengan menggunakan panggilan WakNabe agar tidak dapat dikesan lagi oleh Raja Budin.

Antulawa berkata...

kasawari u masuk beep beep pun dah cukup kelakar...tak yah wat panjang jela jela..thanks kasawari i tengok leher u makin panjang tahun demi tahun...

Antulawa berkata...

laaa Toknabe jd kadi istana ke..maaf hamba tersasul..rupanya Toknabe dah bertuka jadi Jawo dege panggile Waknabe..huh comey gok tok bui namo tu..susoh gok tu nok kecek Jowo versi kelate..puaahh posoh lidoh gok tu...antulawo ucap tohnioh kok Waknabe cos nok naik pakaat jadi Guru Besor..DG baper tu Waknabe??

Unknown berkata...

Adooi...lucu sungguh jalan citernya..tak sesuai utk kanak2 bawah umur...tut tut tut bnyk nih..hehehehe..erkss watak lawa tak masuk ke? :p

Antulawa berkata...

watak lawa lom masuk mungkin dlm episod akan datang...dengan lebih banyak ttttooooottt lagi hehheh!Thanks dean kerana komen!

Saiee Driss berkata...

Aduh. Macam lepas geram benarlah terhadap Raja Budin. Tapi oleh kerana ceritanya muncul dari cabang citer Sheikh Budin, maka orang selalu nampak kebudinannya .. ini namanya pengaruh interteks....Satu usaha bagus. Boleh disusun jadi antologi cerita rakyat moden kot....

Antulawa berkata...

Terima kasih Tuan Saiee yang budiman..saya ni suka-suka ajer tulis tapi memang nampak pengaruh kebudinan sebab aura budin tu makin menjadi -jadi dan meluap -luap macam nasi mendidih dalam periuk!!!