Jom Sembang

AUTOGERAF ANTULAWA

Jumaat, 9 November 2007

Stress Raja Budin

Pada zaman dahulukala ada seorang raja bernama Raja Budin yang sangat berkuasa tetapi terkenal sebagai kaki perempuan.Jelas terbukti Raja Budin telah mengahwini 3 bininya yang kesemuanya seksi dan bergetah!Kesemua bini bini Raja Budin dikenalinya melalui internet.Apa tidaknya kesemua mereka berkenalan dengan Raja Budin melalui chat box dalam blog Raja Budin!Seorang bernama Teja,Seroja dan antulawa.ketiga tiga bininya ini dipaksa memakan pil kuda mandul dan sah mereka tidak akan dapat mengandung sampai bila bila pun!Teja seorang yang suka gelak tetapi tidak suka masak dan suka tidur!Seroja paling handal masak dan suka makan tetapi tidak berapa gemuk!Antulawa pulak suka chatting dan hingga tertidur atas keybod!Dia juga tidak suka masak,tetapi suka makan juga!Disebabkan tidak mendapat zuriat,Raja Budin bercadang berkahwin seorang lagi..raja Budin meminta penasihat Istana Abg Putra yang debap macam gajah.Abang putra menasihati Raja Budin agar melupakan niat sucinya itu gara gara sekarang ini susah untuk berpoligami terpaksa mendapat persetujuan isteri tua.Rasa terpanggil untuk selesaikan masalah itu ialah Tukang urut istana UncleJ yang hemsem tetapi gila setiap bulan penuh!Uncle J cuma boleh mendekai isterinya semasa bulan tidak penuh!Gara-gara teringin nak pasang satu lagi, raja Budin kini meracau siang malam pagi petang dengan keinginan yang meluap-luap hendak berkahwin satu lagi!
Raja Budin cuba mengurat guru Tadika Istana Cikgu Azi...tetapi cikguazi meletakkan syarat yang dahsyat iaitu hantaran semuanya berupa alatan teknologi terkini!Mamposs raja Budin naik penin hingga termuntah-muntah memikirakan soal hantaran ni!Dah ler Raja Budin ni pernah keluar masuk hospital bahagia dan tanjumg Rambutan kes pesakit tegar...yang tak serik serik.
Senarai hantaran yang perlu disediakan:
1)Laptop Asus
2)Tv Plasma skrin lebar
3)camera digital
4)hand phone 3G
5)sony PSP
6)Woofer
7)Streamyx broadband 99 Hengget
8)External hardisk
9)Ipod MP4
10)LCD
11)Kereta Ferrari
12)Tandas Indah
13)Tilam Spring
14)Printer/scanner(yg boleh photostat muka org)
15)Master kad/visa/touch n go/smart tag/credit card..manila card tak main ha!!