Jom Sembang

AUTOGERAF ANTULAWA

Jumaat, 9 November 2007

Stress Raja Budin

Pada zaman dahulukala ada seorang raja bernama Raja Budin yang sangat berkuasa tetapi terkenal sebagai kaki perempuan.Jelas terbukti Raja Budin telah mengahwini 3 bininya yang kesemuanya seksi dan bergetah!Kesemua bini bini Raja Budin dikenalinya melalui internet.Apa tidaknya kesemua mereka berkenalan dengan Raja Budin melalui chat box dalam blog Raja Budin!Seorang bernama Teja,Seroja dan antulawa.ketiga tiga bininya ini dipaksa memakan pil kuda mandul dan sah mereka tidak akan dapat mengandung sampai bila bila pun!Teja seorang yang suka gelak tetapi tidak suka masak dan suka tidur!Seroja paling handal masak dan suka makan tetapi tidak berapa gemuk!Antulawa pulak suka chatting dan hingga tertidur atas keybod!Dia juga tidak suka masak,tetapi suka makan juga!Disebabkan tidak mendapat zuriat,Raja Budin bercadang berkahwin seorang lagi..raja Budin meminta penasihat Istana Abg Putra yang debap macam gajah.Abang putra menasihati Raja Budin agar melupakan niat sucinya itu gara gara sekarang ini susah untuk berpoligami terpaksa mendapat persetujuan isteri tua.Rasa terpanggil untuk selesaikan masalah itu ialah Tukang urut istana UncleJ yang hemsem tetapi gila setiap bulan penuh!Uncle J cuma boleh mendekai isterinya semasa bulan tidak penuh!Gara-gara teringin nak pasang satu lagi, raja Budin kini meracau siang malam pagi petang dengan keinginan yang meluap-luap hendak berkahwin satu lagi!
Raja Budin cuba mengurat guru Tadika Istana Cikgu Azi...tetapi cikguazi meletakkan syarat yang dahsyat iaitu hantaran semuanya berupa alatan teknologi terkini!Mamposs raja Budin naik penin hingga termuntah-muntah memikirakan soal hantaran ni!Dah ler Raja Budin ni pernah keluar masuk hospital bahagia dan tanjumg Rambutan kes pesakit tegar...yang tak serik serik.
Senarai hantaran yang perlu disediakan:
1)Laptop Asus
2)Tv Plasma skrin lebar
3)camera digital
4)hand phone 3G
5)sony PSP
6)Woofer
7)Streamyx broadband 99 Hengget
8)External hardisk
9)Ipod MP4
10)LCD
11)Kereta Ferrari
12)Tandas Indah
13)Tilam Spring
14)Printer/scanner(yg boleh photostat muka org)
15)Master kad/visa/touch n go/smart tag/credit card..manila card tak main ha!!

15 ulasan:

Jamal Abd Rahman berkata...

isk isk...watak tukang urut giladia bg saya??? tak patut..tak patut...

macam kisah benar je tuh...betul kan?

congrats on ur new blog, antulawa...well done!! keep on blogging...

cbox tu tak leh kuar mesej ler...pi tgk sat mana tak betoi......

saya ptg riben komen ni ker antu? isk terharu gue....

Antulawa berkata...

Terima kasih potong reben..baru nak try UncleJ.Ok ke watak gila tu uncle jangan marah ...saya terharu gak uncleJ!

echah_syed berkata...

kesian raja budin..sbb terpaksa tgu 30 thn akan dtg sbb 'zaman' ni lom ade lagi yg lawa minta tu..awat hg advance sgt !! :(

~ naik mesin ke masa depan mcm doremon... :P

~ aku rase sementara nk tgu 30 thn..ko ngn raja budin dah monopos..ahaks :D

~ CABUTTTTTTTTTTTTTT !!

azlanlin berkata...

Takde hal walaupun 30 thn lagi sbb RajaBudin tetap dengan pemakanan yang power... telur separuh masak + madu juga gunakan gambir sarawak!.... sbb tu antulawa terasa 'gerun' & terasa meremang bulu idung...

Tak gitu RajaBudin?

PUTRAGABAN berkata...

Ada lagi Lan..
Kopi Jantan, Makjun tupai jantan, taring harimau jantan dan macam-macam jantan lagi...

Bagaimanapun, harapkan pendayung saja boleh bertahan, tapi perahu dah reput, susah jugak nak tempoh gelombang azi

Antulawa berkata...

perahu juga tetap bertahan kerana banyak pemakanan supplement...cuma takut pendayung patah di tengah jalan..ombak deras nanti tak sempat sampai pelabuhan...

echah_syed berkata...

oits bermadah2 la pulokkk !!

~ kalo suker tu ckp je laa.. :)

~ uishh !! awat la depa ni..dok main cak lim pongg sokmo..

~ LAN oiii..bila la nk dpt mkn nasi beriani kambing panggang chef seroja ni..

~ UJ..habaq sat kt depa suruh 'jgn tgu lama2..nnt lame2 nnt ilang seri..ahaks :P


p/s word verification tu x yah laa..penat jari aku..

Unknown berkata...

Makan supplement memang la tapi kalo perjalanan dah sampai ikut slogan air asia cam ner lak? & hari seminggu, 3 kali sehari, non-stop....

Lelama pecah gak perahu. Dilanda ombak besar cam tsunami.

Antulawa berkata...

Perahu pecah takper dah memang dasar nak pecahkan perahu..zaman moden swell perahu pecah boleh di pomen....pecah lagi ..pomen lagi..

Unknown berkata...

arakian menyedari hakikat Raja Budin dah mula makan segala macam ubat-ubatan penambah jantan, antulawa pun turut mempersediakan diri. Nenek kebayan dari Gunung Ledang dipanggil mengadap mohon perturun segala petua menjaga badan. Sekalian pencari akar kayu dipanggil, disuruh mencari kacip fatimah tak tinggal barang sepucuk dari seluruh negeri hendaknya.

Segala ubatan akar kayu diminumnya, Segala bunga dari seluruh ceruk rantau benua dikumpul untuk memandikan diri. Berjampilah adanya antulawa menurut ajaran nenek kebayan mohon segala yang ada agar menceriakan wajahnya agar seri sepelusuk buana.

Bunga padma, bunga lalang, bunga semalu,
Sebarang bunga dijadi satu,
Seri pun datang tanpa ragu
Raja Budin tunduk padaku

Ikat hati ikat jantung
Anak mata mohon dikurung
Segala yang lain macam jerangkung
Biarlah aku tetap direnung

Hilang aku hilanglah seri
Raja Budin kan hilang panduan
Hanya aku pemegang kunci
Buat semua tawa gurauan


Lantas disemburnya air setempayan dengan siyesnya hingga tersembur air liur dalam secawan tiadalah dia akan sedar.

Maka berendamlah antulawa menimbul seri muka untuk memikat Raja Budin.

Akan tetapi, antulawa telah terlanggar petua adanya. Pantang utama yang diperturunkan oleh nenek kebayan agar jangan memandang kepada apa pun yang jantan. Terpandanglah antulawa akan seekor tikus jantan sedang mencari makan di hujung tempayan persiramannya......

Antulawa berkata...

Swell...mentera tu aku dah salin dan akan hafal mana tau masuk dalam exam oum aku!Susah juga tu nak kene mandi bunga di 25 selekoh merbahaya dalam 14 buah negeri di Malaysia tau baru menjadi orang nampak seri dan kesian!Mandi pulak kene mandi bogel...toooot!!!sah kene cari time agak orang tak boleh skodeng!!susahnyaaaa...

Saiee Driss berkata...

Sheikh Budin kena berawas kerana sudah ada mak dalang baru yang tidak kurang hebat menyusun cerita. Cara dia buat cerita cukup cantik dengan memanfaatkan unsur tradisi lisan. Apa lagi bila diajar jampi serapah... kena benarlah tu .... Tapi syaratnya yang mengajar tu kena bagi pengeras, ayam KFC satu barrel....

Antulawa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Antulawa berkata...

huhuhuh setakat ayam KFC satu barrel ok jer Saiee... meh i pinjam si pengajarnya ..pinjam setahun boleh kut?janji ayam KFC satu barrel tiap hari..sah pasti menjilat piring!!!Thanks saiee..i like ur comments..kellass gitu...bro!

Tanpa Nama berkata...

he he he tak reti aku nak komen.. reez .. all the best ler...