Jom Sembang

AUTOGERAF ANTULAWA

Selasa, 20 November 2007

Mengeluh Raja Budin memikirkan bagaimana nak tunaikan hajat ingin memperisterikan guru tadika istana tu..huh tiba-tiba baginda mendapat satu akal.'beta mesti buat sesuatu untuk mengurat cikguazi guru tadika istana ni!beta tahu dia seorang yang kaki chatting!Raja Budinpun memanggil Pakar IT istana(baru naik pangkat)iaitu UncleJ mengadap sebab UncleJ ni memang kaki pomen komputer Raja Budin.Dulu memang UncleJ seorang tukang urut istana tetapi disebabkan selalu bersembang dengan Raja Budin bab IT barulah tuanku tahu yang UncleJ memang minat IT dan menghantar UncleJ kursus IT di Betong Thailand!Lepas itu Raja Budin mengarahkan supaya UncleJ menemani baginda untuk membeli sebuah laptop Acer sebab baginda boleh menggunakan khidmat wireless dan senang online di mana sahaja dalam kawasan istana!Raja Budin juga meminta supaya dibelikan webcam supaya senang memperlihatkan badannya yg tegap dan sasa itu!Jadi sambil chat baginda boleh menggoda sesiapa sahaja dengan memperlihatkan tubuhnya yang sasa itu.
UncleJ pun terus 'install yahoo messenger dalam laptop raja Budin!
Bukan main syok Raja Budin berchatting hingga lupa makan, pakai,minum kadang kadang baginda memakai kasut sebelah lain dan begitu juga kadang -kadang memakai baju kemeja dan neck tie dengan seluar pendek sahaja!Malah kadang -kadang langsung tidak pakai apa di kawasan istana kerana terlupa sangat!
Raja Budin menggunakan 'nick' encem kerana mungkin dapat menggoda ramai lagi kaki chatting!Raja Budin juga memerintah memanda menteri yg hemsem macam gajah iaitu Abg Putra membuat satu blog iaitu dinamakan Duniabudin.tanpa baginda sedari kesemua bini bini baginda pun kaki chatting juga.Baginda tidak sedar kesemua bini-bininya 'online bersama baginda!Habis semua bini -bini Raja Budin telah menjadi kaki chat dengan para hulubalang istana yang malas kerja cuma curi chat time keje!Kesemua bini raja Budin telah membuat skandal dengan hulubalang yang hensem di istana.Antara hulubalang yang terlibat ialah Arsaili,Beib,Saiee dan Kasawari.
Maka blog Raja Budin menjadi terkenal kerana menjadi tumpuan semua kaki chatting dan blogger seluruh dunia.Rupanya Raja Budin mempunyai aura macam Mawi!
Semakin hari Raja Budin menjadi makin terkenal kerana baginda seorang raja yang nampak bengis tetapi sangat baik hati dan 'low profile'.Baginda menjadi semakin pemes hari demi hari dan tahun demi tahun!Hingga hajat nak meminang cikguazi dibatalkan kerana baginda telah mendapat ramai gadis,andartu dan janda yang meng'offerkan diri mereka untuk dijadikan isteri oleh baginda!Tidak ketinggalan gay juga telah cuba mendekati raja Budin...ssshhhhh....Tooooooot!
Cikguazi membawa diri dengan memasuki portal oum tempat sembang 'student' oum seluruh Malaysia!Cikguazi bertemu dengan seorang jejaka gila yang menamakan dirinya tikus dalam ruang chat di portal itu.Hubungan cinta yang baru mulai berputik kerana cikguazi telah jatuh hati dan pingsan beberapa kali dan mendapat subsidi bantuan CPR oleh tikus itu!
Pakar kaunseling Combi(watak baru)sering memberikan khidmat kaunseling kepada cikguazi sedangkan dirinya sendiri tak ter kaunseling dah disebabkan sangat kuat gelak dan gelak kuat!
Farina, bini Raja Budin yang sering kene cerai dan rujuk balik beberapa kali ini khabarya telah diceraikan kali ini dengan talak last!Raja Budin telah mengalami gila talak yang tidak dapat dikawal lagi!Baginda memerintah kadi istana Toknabe yang bakal bergelar Guru Besar Istana tidak lama lagi supaya mencari khidmat 'Cina Buta'supaya baginda dapat rujuk semula dengan Farina.Puas mencari, Toknabe bertemu dengan Azlanlin yang sanggup menjadi Cina Buta!Perkara ini tidak diluluskan oleh Jabatan Agama Wilayah tetapi disebabkan Azlanlin sebenarnya ada hati juga dengan Farina yang ayu itu sanggup menjadi cina buta.Azlanlin sebenarnya sudah bertekad untuk menjadi cina buta selamanya iaitu tidak menceraikan Farina seperti yang dijanji kerana Azlanlin tahu perkara cina buta adalah tidak sah dilakukan!
Kisah Raja Budin bagaikan yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran ini menjadai buah mulut,buah tangan dan macam-macam buah lagi hingga baginda terus menjadi sasau hari demi hari hinggalah baginda rasa perlu membuat sesuatu supaya hilang tension.Baginda kini menjadi penerbit RTM Dunia kerana dengan menyibukkan diri di RTM baginda tidaklah layan kepala gila baginda itu....