Jom Sembang
Khamis, 18 Disember 2008
Ahad, 26 Oktober 2008
Rabu, 13 Ogos 2008
Aku kene tag lagi walau aku hantu yang paling malas update blog antulawa ni!
Dah bersawang blog ni aku biarkan!sejak merana akibat berblog hahhahha konon!konon!
Aku geram dekat wunarabakati aka Alwis.sedikit sejarah si Alwis ni..dia pernah terjah blog ku hampir satu abad yang lalu setelah memboloskan dirinya melalui tingkap 'Guest Book' aku!Dia kenal aku melalui blog Syaitan ni hahhahha!Setelah tu aku tak pernah nampak kesan tapak kaki dia dah dalam blog syaitan ni!Aku terfikir juga kemana dia ni?masuk sign guest book lepas tu lenyap!!Ghoib!
Ok teruskan membaca jawapan tag Alwis ni!Aku malas nk mengarang aku guna idea dia juga hhahhahaha sadis aku bah!
Mahu tahu !! Nama timanganku " TAH''''hahaha. tau knapa? alasan diguna untuk istilah tu sebab aku selalu dipanggil azizah oleh mak dan ayahku!Aku pulak sukarnak sebut Azizah so asik sebut Tah jer lagi kesian...hihihi aku langsung tak suka nama ni TAH!
Yang buta, yang pekak,yang tuli di kampungku semua kenal aku dgn panggilan Tah!Dan walau tak suka aku membahasakan diri Tah dengan seluruh warga kampungku!
Fuhh bab Insan teristimewa.!! dan Apa yg membuat dia terlalu istimewa?
orang smua akan cakap, mesti yang utama ayah ibu baru kekasih kan, tapi aku pula bukan, mereka tak begitu istimewa 'bukan derhaka tapi insan istimewa bagi aku adalah OKU..hahahah lagi kena ! sebab memang satu negara tahu mereka orang Istimewa 24 hours.Ya insan istimewaku ialah Daklan kerana dia OKU yang baik dengan ku!
So dialah insan istimewaku Daklan!Daklan pasti tersengih hingga ke telinga ni bila baca ni kan?kan?Orang lain jangan jeles sebab dia adalah insan istimewa!!!sila ke blog dia ok!
makanan..!!Soal makannan ini' Jangan hidang KETAM, kompom dia ada kuning' mesti keluar otak kuning juga. haha sedab bah ketam tu walau aku gatal-gatal" oitt..jangan kuning pula soal aku gatal ka miang ?! Aku tak alergik dengan kETAM dans emua makanan laut so kalau aku nanti pi Tawau aku tibai semua hingga muntah ketam!!! hahhahhaha! aku balun semua ...nafsu kuda...hahahha" sedap memang bah ketam !!!Cuma satu aku malas nak kopek kulitnya!mesti ada tukang pomen dok sebelah tukang buangkan kulitnya!Dan suap aku....aahhh manjanya aku!best kan?
Favourite colour (s) ...tiada yang spesifik, main balun saja" warna makin ndak jelas apalagi aku dah 4 mata..kihkih
Favourite song (s) - Uhh..soal lagu aku pilih yang suara sexy mendesah-desah macam suaraku aahhhhh!!Aku layan lagu lelaki kerana aku bayangkan lelaki itulah yg nyanyikan lagu lagu jiwang buatku!
Benda yg membuat aku stress...PC aku yang HANG.. line kondem tak boleh masuk blog!tanpa internet aku lemah tak berdaya....hidup tanpa internet ibarat bunga layu!Wunalayu wuna terharu wunatak berguna hahhahha!
3 benda dalam purse - ?? tengoklah ni... RM dan konco-konconya, bank card serta lipstick sebab ku tak mahu kelihatan pucat..ku mahu kelihatan cantik sentiasa!Ku tak mahu kelihatan selekeh macam hantu!kain kapanku sentiasa bertukar baru apatah menjelang Raya pastinya ku dapat kain kapan baru siap labuci uuuuu!
Kali terakhir menangis beriya-iya...uwaaa.... bila orang pujuk semasa aku tengah sedih kalau aku merajuk biarkan seketika ku merawat luka tapi jangan biar terus aku jadi gila tau!!!1....
Apa yang aku tulis ni, serba sedikit korang akan tahu cita rasa aku..kecuali yang dah kenal aku seminggu dua !! aku harap mereka gembira selepas mengenal pribadi aku yang sebenarnya.....tapi aku rasa ramai dah kenal aku melalui cara aku chat!caraaku layan mereka di shoutbox ku!makin terserlah perangaiku yang macam hantu ceria ni!!!!
Siapa yang kena TAG ???? hahaha..aku tau mereka ndak redho ni
tapi aku akan bom juak banyak banyak :
1.Topek
2.Chime
3.Daklan
Khamis, 7 Februari 2008
Sabtu, 1 Disember 2007
Seorang pegawai polis bernama Gojo masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
ASP Gojo : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
ASP Gojo : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya
Pendokong watak lelaki 1 ialah Beib,lelaki 2 ialah Tokmoh dan lelaki 3 RBJ9497 serta penjaga ialah pelakon yang diimport dari London iaitu sdra MatSalleh.Kesemua mereka ini telah menjalani latihan di Akademik TV3 dan rehearsal telah dibuat di Tanjung Rambutan dengan kerjasama RTM Dunia Di bawah bimbingan penerbit yang tidak asing lagi Sdra Syahbudin Abdullah.
Jumaat, 30 November 2007
Seorang TokNabe membawa cucunya, Yusri ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
Yusri: Atok buat apa tu?
TokNabe: Atok bagi surat kat kawan atok,cu!
Yusri: Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?
TokNabe: ????? (Sah budak ni tak pi tuisyen...jenis slow cucu aku ni macam aku gak!Bukan salah ibu mengandung...)
Label: lawa: bengap ke apa ni?
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Budin terpandang Azlanlin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati...
Budin : Lan, kenapa menangis?
Azlan : Saya datang untuk ujian darah.
Budin : Awak takut ke?
Azlan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Azlanlin, Budin menangis.)
Azlanlin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Budin : Saya datang untuk ujian air kencing...
T_qooze pergi ke klinik mata Dr. Norz. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
T_Qooze : Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca cam orang lain?
Dr Norz : Dah tentu....
T_Qooze : Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Tok Batin Kasawari Dan Sarjan Fysal.
Tok Batin Kasawari : Selamat pagi tuan
Sarjan Fysal : Selamat pagi. Apa hal
Tok Batin Kasawari : saya nak buat repot tuan
Sarjan Fysal : fasal apa tu
Tok Batin Kasawari : kawan saya di baham harimau
Sarjan Fysal : pukul berapa
Tok Batin Kasawari : dia tak pukul, terkam
Sarjan Fysal : habis?
Tok Batin Kasawari : tak habis, tinggal kepala
Label: lawa: kes lemah BM
Reez bekerja sebagai posmen. DItakdirkanlah pada satu hari dia pegi la menghantar surat. Ade la satu surat nih... Dah abis seluruh pelosok kampung, bandar, parit, hutan, gunung, paya, laut dan selagi ade tempat dicarinya. Tak gak jumper. Last sekali sampai la dier kat satu gunung. Kat kaki gunung tu ade sebuah rumah banglo 18 tingkat. Reez pun pegi la kat umah tu....
Reez: Assalamualaikum
Budin: Walaikumsalam
Reez: Ni rumah encik Budin yg pemes tu ye?
Budin: Ya saya
Reez: Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
Budin: Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?
Label: lawa:kes betul bendul lagi
Tok Batin Kasawari baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan Saie yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan Saie itu. Dalam perjalanan Saie merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu Saie pun bertanyalah...
Saie : Kenapa tok hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Saie : ???????? (cikgu mana ajar ni...sah cikgu Azlanlin ni..)
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
Label: lawa:Jgn gabra..sgt
Budin, Kasawari dan UncleJ sedang menaiki sebuah motorsikal. (Sahih motorsikal tu pun semput bawak diorang bertiga).
Seorang anggota polis trafik menahan. Namun mereka tidak berhenti. Sambil lalu di sebelah polis trafik tersebut, Budin berkata, "Tak muat dah, Tok. Kami pun dah bertiga!!!"
Label: lawa:polis pun penin camni..
Tunang Abg Putra, Combi ayu, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Abg Putra : Mengapa?
Combi Ayu : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Abg Putra : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Combi Ayu : Erkkkkkk........ !!!!!?????
Aderla sorang lelaki bernama Dean datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak bernama Arsaili pun membuka pintu.
Arsaili : derma ape bang?
Dean : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Arsaili : nanti jap.
Sebentar kemudian Arsaili keluar sambil menarik tangan datuknya (Toknabe) dan menyerahkannya kepada Dean.
Dean : ????? (Dean pingsan beberapa kali dan diberi bantuan CPR oleh cikguazi sebanyak 13 kali!)
Budin : Kenapa Sayang menangis?
cguazi: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Budin : Buku apa?
cguazi: Buku bank abanglah..
Label: kes naya
Rabu, 21 November 2007
Selasa, 20 November 2007
Mengeluh Raja Budin memikirkan bagaimana nak tunaikan hajat ingin memperisterikan guru tadika istana tu..huh tiba-tiba baginda mendapat satu akal.'beta mesti buat sesuatu untuk mengurat cikguazi guru tadika istana ni!beta tahu dia seorang yang kaki chatting!Raja Budinpun memanggil Pakar IT istana(baru naik pangkat)iaitu UncleJ mengadap sebab UncleJ ni memang kaki pomen komputer Raja Budin.Dulu memang UncleJ seorang tukang urut istana tetapi disebabkan selalu bersembang dengan Raja Budin bab IT barulah tuanku tahu yang UncleJ memang minat IT dan menghantar UncleJ kursus IT di Betong Thailand!Lepas itu Raja Budin mengarahkan supaya UncleJ menemani baginda untuk membeli sebuah laptop Acer sebab baginda boleh menggunakan khidmat wireless dan senang online di mana sahaja dalam kawasan istana!Raja Budin juga meminta supaya dibelikan webcam supaya senang memperlihatkan badannya yg tegap dan sasa itu!Jadi sambil chat baginda boleh menggoda sesiapa sahaja dengan memperlihatkan tubuhnya yang sasa itu.
UncleJ pun terus 'install yahoo messenger dalam laptop raja Budin!
Bukan main syok Raja Budin berchatting hingga lupa makan, pakai,minum kadang kadang baginda memakai kasut sebelah lain dan begitu juga kadang -kadang memakai baju kemeja dan neck tie dengan seluar pendek sahaja!Malah kadang -kadang langsung tidak pakai apa di kawasan istana kerana terlupa sangat!
Raja Budin menggunakan 'nick' encem kerana mungkin dapat menggoda ramai lagi kaki chatting!Raja Budin juga memerintah memanda menteri yg hemsem macam gajah iaitu Abg Putra membuat satu blog iaitu dinamakan Duniabudin.tanpa baginda sedari kesemua bini bini baginda pun kaki chatting juga.Baginda tidak sedar kesemua bini-bininya 'online bersama baginda!Habis semua bini -bini Raja Budin telah menjadi kaki chat dengan para hulubalang istana yang malas kerja cuma curi chat time keje!Kesemua bini raja Budin telah membuat skandal dengan hulubalang yang hensem di istana.Antara hulubalang yang terlibat ialah Arsaili,Beib,Saiee dan Kasawari.
Maka blog Raja Budin menjadi terkenal kerana menjadi tumpuan semua kaki chatting dan blogger seluruh dunia.Rupanya Raja Budin mempunyai aura macam Mawi!
Semakin hari Raja Budin menjadi makin terkenal kerana baginda seorang raja yang nampak bengis tetapi sangat baik hati dan 'low profile'.Baginda menjadi semakin pemes hari demi hari dan tahun demi tahun!Hingga hajat nak meminang cikguazi dibatalkan kerana baginda telah mendapat ramai gadis,andartu dan janda yang meng'offerkan diri mereka untuk dijadikan isteri oleh baginda!Tidak ketinggalan gay juga telah cuba mendekati raja Budin...ssshhhhh....Tooooooot!
Cikguazi membawa diri dengan memasuki portal oum tempat sembang 'student' oum seluruh Malaysia!Cikguazi bertemu dengan seorang jejaka gila yang menamakan dirinya tikus dalam ruang chat di portal itu.Hubungan cinta yang baru mulai berputik kerana cikguazi telah jatuh hati dan pingsan beberapa kali dan mendapat subsidi bantuan CPR oleh tikus itu!
Pakar kaunseling Combi(watak baru)sering memberikan khidmat kaunseling kepada cikguazi sedangkan dirinya sendiri tak ter kaunseling dah disebabkan sangat kuat gelak dan gelak kuat!
Farina, bini Raja Budin yang sering kene cerai dan rujuk balik beberapa kali ini khabarya telah diceraikan kali ini dengan talak last!Raja Budin telah mengalami gila talak yang tidak dapat dikawal lagi!Baginda memerintah kadi istana Toknabe yang bakal bergelar Guru Besar Istana tidak lama lagi supaya mencari khidmat 'Cina Buta'supaya baginda dapat rujuk semula dengan Farina.Puas mencari, Toknabe bertemu dengan Azlanlin yang sanggup menjadi Cina Buta!Perkara ini tidak diluluskan oleh Jabatan Agama Wilayah tetapi disebabkan Azlanlin sebenarnya ada hati juga dengan Farina yang ayu itu sanggup menjadi cina buta.Azlanlin sebenarnya sudah bertekad untuk menjadi cina buta selamanya iaitu tidak menceraikan Farina seperti yang dijanji kerana Azlanlin tahu perkara cina buta adalah tidak sah dilakukan!
Kisah Raja Budin bagaikan yang dikejar tak dapat yang di kendong keciciran ini menjadai buah mulut,buah tangan dan macam-macam buah lagi hingga baginda terus menjadi sasau hari demi hari hinggalah baginda rasa perlu membuat sesuatu supaya hilang tension.Baginda kini menjadi penerbit RTM Dunia kerana dengan menyibukkan diri di RTM baginda tidaklah layan kepala gila baginda itu....
Jumaat, 9 November 2007
Pada zaman dahulukala ada seorang raja bernama Raja Budin yang sangat berkuasa tetapi terkenal sebagai kaki perempuan.Jelas terbukti Raja Budin telah mengahwini 3 bininya yang kesemuanya seksi dan bergetah!Kesemua bini bini Raja Budin dikenalinya melalui internet.Apa tidaknya kesemua mereka berkenalan dengan Raja Budin melalui chat box dalam blog Raja Budin!Seorang bernama Teja,Seroja dan antulawa.ketiga tiga bininya ini dipaksa memakan pil kuda mandul dan sah mereka tidak akan dapat mengandung sampai bila bila pun!Teja seorang yang suka gelak tetapi tidak suka masak dan suka tidur!Seroja paling handal masak dan suka makan tetapi tidak berapa gemuk!Antulawa pulak suka chatting dan hingga tertidur atas keybod!Dia juga tidak suka masak,tetapi suka makan juga!Disebabkan tidak mendapat zuriat,Raja Budin bercadang berkahwin seorang lagi..raja Budin meminta penasihat Istana Abg Putra yang debap macam gajah.Abang putra menasihati Raja Budin agar melupakan niat sucinya itu gara gara sekarang ini susah untuk berpoligami terpaksa mendapat persetujuan isteri tua.Rasa terpanggil untuk selesaikan masalah itu ialah Tukang urut istana UncleJ yang hemsem tetapi gila setiap bulan penuh!Uncle J cuma boleh mendekai isterinya semasa bulan tidak penuh!Gara-gara teringin nak pasang satu lagi, raja Budin kini meracau siang malam pagi petang dengan keinginan yang meluap-luap hendak berkahwin satu lagi!
Raja Budin cuba mengurat guru Tadika Istana Cikgu Azi...tetapi cikguazi meletakkan syarat yang dahsyat iaitu hantaran semuanya berupa alatan teknologi terkini!Mamposs raja Budin naik penin hingga termuntah-muntah memikirakan soal hantaran ni!Dah ler Raja Budin ni pernah keluar masuk hospital bahagia dan tanjumg Rambutan kes pesakit tegar...yang tak serik serik.
Senarai hantaran yang perlu disediakan:
1)Laptop Asus
2)Tv Plasma skrin lebar
3)camera digital
4)hand phone 3G
5)sony PSP
6)Woofer
7)Streamyx broadband 99 Hengget
8)External hardisk
9)Ipod MP4
10)LCD
11)Kereta Ferrari
12)Tandas Indah
13)Tilam Spring
14)Printer/scanner(yg boleh photostat muka org)
15)Master kad/visa/touch n go/smart tag/credit card..manila card tak main ha!!
Label: Stress Raja Budin